fbpx

Klopp mula intai kelibat 2 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WHITE berada dalam radar Klopp selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Leeds musim lalu. – AFP

LONDON – Liverpool dilaporkan sudah mengenal pasti dua calon yang akan diburu mereka pada jendela perpindahan musim sejuk nanti untuk menggantikan kelibat pemain pertahanan mereka, Virgil Van Dijk yang mengalami kecederaan jangka panjang.

The Reds sebelum ini dikaitkan dengan usaha untuk mendapatkan pemain pertahanan RB Leipzig, Dayot Upamecano yang turut diintai Manchestert United serta Antonio Rudiger dari Chelsea.

Bagaimanapun, laporan sebuah akhbar di London menyebut, pengendali pasukan itu, Jurgen Klopp sedang memantau secara dekat aksi pemain pertahanan Brighton, Ben White yang berjaya mempamerkan persembahan cemerlang musim lalu ketika di­pinjamkan ke Leeds United.

Musim ini menyaksikan White berjaya menembusi kesebelasan utama skuad Graham Potter selain menandatangani kontrak baharu untuk mengekalkannya bersama pa­sukan itu sehingga 2024.

Liverpool turut membuat ‘Plan B’ dengan menamakan pemain pertahanan Schalke, Ozan Kabak sebagai pilihan jika mereka gagal untuk mendapatkan White.

Pemain berusia 20 tahun itu membuat 28 penampilan bersama Schalke dalam saingan Bundesliga sebaik tiba dari Stuttgart pada 2019.

Kecederaan Van Dijk menyebabkan Liverpool hanya mempunyai dua pemain pertahanan tengah senior ketika ini iaitu Joel Matip dan Joe Gomez selepas membenarkan Dejan Lovren meninggalkan pasukan itu.

Situasi tersebut menyebabkan Klopp tidak mempunyai pilihan kecuali mendapatkan seorang lagi pemain pertahanan tengah pada Januari nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI