fbpx

Hampir 80 peratus setuju kerajaan kini wujudkan jawatankuasa bersama perangi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kaji Selidik Universiti UCSI mendapati hampir 80 peratus rakyat bersetuju agar kerajaan hari ini mewujudkan jawatankuasa bersama dengan wakil daripada kerajaan sebelumnya bagi menangani pandemik Covid-19.

Pengarah Pusat Penyelidikan tersebut, Profesor Madya Dr. Pek Chuen Khee berkata, dalam kajian yang dijalankan minggu lalu mendapati sebanyak 75.9 peratus bersetuju dan hanya 2.4 peratus sahaja tidak setuju dengan jawatankuasa bersama tersebut.

Bagaimanapun katanya, kajian sama turut mendapati kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Nasional (PN) dalam mengendalikan isu Covid-19 agak tinggi.

“Tahap kepercayaan orang awam terhadap kerajaan nampaknya agak positif dalam kaji selidik yang kami jalankan di mana daripada 1,166 orang responden, 63.3 peratus yakin dengan kerajaan sebaliknya 36.7 peratus lagi sebaliknya.

“Cuma kami tidak pasti tahap keyakinan itu berubah atau tidak selepas beberapa siri pengumuman kerajaan melibatkan perintah kawalan pergerakan minggu ini termasuk kekeliruan maklumat arahan bekerja dari rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru itu katanya, kerajaan wajar memberi perhatian dalam perkara ini dan segera menangani sebarang ketempangan jika perlu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI