fbpx

Dua pencemaran diatasi elak LRA ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota LUAS meletakkan 12 beg activated carbon di Sungai Kundang bagi mengawal pencemaran bau.

SHAH ALAM – Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menangani dua insiden pencemaran dapat mengelakkan penutupan Loji Rawatan Air (LRA), semalam.

Kedua-dua insiden itu dikesan tasik Putrajaya dan Sungai Kundang di antara pukul 9.35 hingga 10.45 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian berkata, insiden pertama melibatkan tumpahan minyak diesel ke dalam tasik Putrajaya disebabkan kebocoran skid tank paip saluran bawah tanah Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.

Katanya, siasatan mendapati minyak diesel telah mengalir ke longkang IKN dan telah masuk ke Tasik Putrajaya.

“Pihak Perbadanan Putrajaya (PPJ) telah mengarahkan pihak IKN untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dengan segera bagi mengelakkan kejadian menjadi lebih teruk.

“Beberapa langkah mitigasi dijalankan oleh pihak IKN merangkumi pembaikan paip sambungan, meletakkan oil pad dan oil boom pada sistem saliran dan menyedut minyak yang telah bercampur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, LUAS turut memohon kerjasama pihak PPJ untuk meletakkan oil boom di kawasan spillway Tasik Putrajaya ke Sungai Langat bagi mengelakkan pencemaran berlarutan.

Loy Sian menegaskan insiden itu berpotensi mencemarkan Sungai Langat yang boleh mengakibatkan henti tugas LRA Bukit Tampoi yang terletak kira-kira 10 kilometer daripada bahagian hilir tasik berkenaan.

“Kes kedua melibatkan pencemaran bau sehingga 10 ton dikesan di Sungai Kundang ketika pemantauan secara 24 jam dalam Ops Statik Sg. Gong, Rawang.

“Siasatan awal mendapati pencemaran bau yang dikesan adalah daripada bahan biodiesel yang disyaki di kawasan Industri Kundang Jaya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan sebanyak 12 beg activated carbon telah diletakkan untuk mengawal pencemaran di lokasi pertemuan Sungai Kundang.

“Pensampelan dilaksanakan di tiga lokasi berbeza di sekitar aliran Sungai Kundang dan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisa.

“Surat Arahan di bawah Seksyen 121(1), Enakmen LUAS 1999 turut dikeluarkan kepada premis terbabit untuk
menghentikan sisa pembuangan serta-merta dan melaksanakan tindakan pembersihan segera,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI