fbpx

Bung sokong gencatan politik UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar Radin.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan pihaknya menyokong saranan UMNO Pusat melaksanakan gencatan politik bagi memberikan tumpuan ke atas usaha menangani penularan pandemik Covid-19 serta pemulihan ekonomi negara.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, pihaknya bersetuju dengan langkah berkenaan kerana berpendapat kerjasama harus diberikan kepada kerajaan sedia ada dalam semua isu yang berkaitan keselamatan, kesihatan dan ekonomi.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, ramai rakyat terkesan dan ekonomi negara turut terjejas teruk dan sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Oleh itu, kita perlu menghentikan perbalahan politik dan bersama menyokong usaha kerajaan mendepani cabaran ini,” katanya menrusi kenyataan akhbar di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian UMNO Sabah berhubung pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai perlunya gencatan politik dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam kenyataannya sebelum ini meminta perbalahan politik dihentikan segera bagi memberi tumpuan kepada usaha kerajaan menangani penularan Covid-19 selain membantu memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat penularan pandemik berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI