fbpx

Baki penghuni Darul Hanan negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Keputusan ujian saringan kedua yang dijalankan ke atas 79 penghuni dan 33 kakitangan di pusat jagaan warga emas, Darul Hanan di Pongsu Seribu, Kepala Batas di sini mendapati kesemua mereka negatif Covid-19.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman ketika dihubungi berkata, kesemua mereka bagaimanapun masih belum dibenarkan keluar dari pusat jagaan itu dan akan terus menjalani kuarantin yang bermula sejak Sabtu lalu.

“Keputusan ujian saringan tersebut mendapati kesemua mereka negatif.

“Kita tetap terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengawal laluan keluar masuk pusat jagaan terbabit bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Mereka menjalani ujian saringan kali kedua pada 20 Oktober lalu selepas ujian saringan pertama yang dijalankan mendapati lapan penghuninya positif. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN