fbpx

Amaran buat tekong darat, hentikan aktiviti penyeludupan di ESSZONE – Komander ESSCOM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman. -Foto: Ihsan ESSCOM

Oleh IVAN AMIRUL

Lahad Datu – Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) memberi amaran keras kepada semua tekong darat yang terbabit dalam aktiviti penyeludupan.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, pihaknya sudah mengenalpasti beberapa individu yang bertindak sebagai tekong-tekong darat dan dipercayai terbabit dalam aktiviti berkenaan.

“Antara aktiviti penyeludupan yang dikesan berlaku di perairan Sabah termasuklah membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI), rokok dan dadah.

“Tekong darat yang berada di ESSZZONE terutamanya di semua kawasan hotspot dinasihatkan agar menghentikan kerja ini kerana kita akan mendakwa pihak yang ditangkap. Ini amaran keras. Beberapa individu sudah ada di dalam senarai ESSCOM untuk diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Ahmad Fuad berkata, ESSCOM melalui OP Cegah Pati (OCP) juga akan sentiasa mempertingkatkan dan memperketatkan kawalan serta rondaan samaada melalui laut, darat dan udara terutamanya di kawasan hotspot.

“ESSCOM akan merangka operasi berdasarkan jumlah aset dan keanggotaan yang ada buat masa ini dengan kerjasama semua agensi keselamatan termasuklah Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Selain itu, kita turut meminta semua lapisan masyarakat agar membuat laporan sekiranya mendapati ada berlaku aktiviti penyeludupan PATI di kawasan masing-masing dengan kadar segera kepada pusat operasi (PUSOP) ESSCOM atau mana-mana ibu pejabat polis berhampiran.

“Kerjasama dan sokongan daripada semua lapisan masyarakat amatlah dialu-alukan dalam usaha untuk mengekang dan membanteras aktiviti penyeludupan di pantai timur Sabah sama ada penyeludupan pati mahupun rokok dan syabu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI