fbpx

Utamakan agenda rakyat, ekonomi negara lebih penting berbanding politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Semua pemimpin politik khususnya dalam Perikatan Nasional (PN) perlu memberi tumpuan serta menyokong usaha yang sedang dilakukan kerajaan bagi menjamim keselamatan rakyat menghadapi pandemik Covid-19 ketika ini serta proses memulihkan kembali ekonomi negara.

Ini kerana agenda rakyat perlu diberi tumpuan selain membantu mereka yang dihimpit kegelisahan.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, peranan sama juga perlu dimainkan oleh pemimpin pembangkang kerana situasi pada masa ini memerlukan sokongan daripada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

Tegas beliau, rakyat lebih gembira apabila ahli-ahli politik membelakangkan agenda masing-masing sebaliknya memberi fokus kepada agenda negara menangani cabaran ekonomi dan kesihatan.

“Seperti saya jelaskan sebelum ini termasuk semasa dalam Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum iaitu apabila tiba masanya untuk berpoltik maka kita politiklah bersungguh-sungguh.

“Tetapi sekarang adalah masa untuk kita berkhidmat kepada rakyat, jadi laksanakan tanggungjawab kita sama ada sebagai kerajaan atau pembangkang,” ujarnya ketika ditemui semasa hadir pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan Hoki dan Kriket Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan gencatan politik serta pendirian UMNO mendukung kerajaan PN dalam memberi tumpuan terhadap agenda membantu rakyat dan negara berdepan pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi.

Gencatan politik yang diumumkan semalam disifatkan sebagai langkah terbaik bagi menjamin keselamatan rakyat dan memastikan usaha memulihkan ekonomi negara tidak terjejas.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal turut berharap selepas ini tiada lagi mana-mana pemimpin yang cuba mengambil kesempatan menggugat keharmonian negara menerusi kenyataan atau pendirian politik yang boleh menyebabkan kegelisahan rakyat.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata, hubungan serta persefahaman dalam kalangan kepimpinan kerajaan negeri masih utuh dalam suasana muafakat antara Bersatu, UMNO dan Pas.

Ahmad Faizal bagaimana pun enggan memberi ulasan ketika ditanya behubung isu pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik yang baharu kepada Menteri Besar Perak yang didakwa dilakukan tanpa mendapat pandangan pemimpin UMNO negeri.

“Saya tak komen sebab saya ada hubungan yang baik dengan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad. Begitu juga hubungan baik serta persefaham bersama Pas,” jelasnya.

Malah katanya, barisan Exco Kerajaan Negeri juga baru selesai bermesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil dalam mengawal penularan Covid-19 di negeri itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI