fbpx

Polis Ipoh keluarkan 44 kompaun ingkar SOP PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Sebanyak 44 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di daerah ini sejak September lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Lee Swee Sake berkata, tidak memakai pelitup muka merekodkan jumlah kesalahan tertinggi diikuti gagal mematuhi penjarakan fizikal dan tiada pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera.

Katanya, kebanyakan kompaun itu juga dikenakan ke atas pemilik premis yang gagal merekodkan butiran pelanggan dan tiada penjarakan dua meter antara meja pelanggan.

“Tujuan operasi ini diadakan bukanlah bertujuan untuk mencari kesalahan sebaliknya bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya mematuhi SOP bagi mengekang penularan Covid-19.

“Apa yang penting, kita mahu mengembalikan semula daerah Ipoh ini kepada Zon Hijau setelah diisytiharkan Zon Kuning ekoran pengesanan kes positif Covid-19 di sini,” katanya ketika ditemui selepas menyertai operasi pemantauan dan pemeriksaan SOP PKPP di beberapa premis di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 85 premis dikenakan kompaun dalam tempoh sama di mana 44 kompaun dari polis manakala Kementerian Kesihatan dan Majlis Bandaraya Ipoh  masing-masing dengan 37 dan dua kompaun.

Katanya, bayaran kompaun boleh dilakukan di Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dalam tempoh dua minggu.

“Kegagalan membayar kompaun akan menyebabkan tindakan mahkamah diambil ke atas mereka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI