fbpx

Pesakit Covid-19 terjun dari tingkat lapan hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pesakit wanita disahkan positif Covid-19 ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth (HQE) malam tadi.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seorang pesakit wanita disahkan positif Covid-19 ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth (HQE) malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, wanita warga tempatan berusia 63 tahun terbabit dikatakan terjun dari tingkap di tingkat lapan bangunan hospital sebelum disedari pihak hospital dan memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima makluman kejadian itu sekitar pukul 9.30 malam semalam.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital itu pada 13 Oktober lalu sejurus disahkan positif Covid-19, namun mangsa disahkan bebas penyakit terbabit dan dijadualkan untuk keluar dari hospital hari ini selepas mendapatkan rawatan lanjut.

“Mayat mangsa kini ditempatkan di Jabatan Forensik HQE sementara menunggu siasatan lanjut berkaitan punca mangsa membunuh diri.

“Pihak polis juga sedang menjalankan siasat untuk mengenalpasti punca mangsa terjun termasuklah mencari saksi ditempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Habibi berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Beliau meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung mangsa diminta tampil untuk membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI