fbpx

Penari latar Somi dihentam peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOMI

DI sebalik kejayaan diraih Jeon Somi sejak memulakan debut, terdapat kisah panas tentang dirinya menjadi bualan sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, kisah sensasi itu tidak membabitkan Somi, hanya kumpulan penari latarnya.

Peminat mendakwa, kumpulan penari yang mengiringi setiap persembahan dan video muzik Somi bertindak lebih sudu daripada kuah.
Hal ini kerana, peminat tidak berpuas hati dengan imej penari-penari itu yang memakai pakaian hampir serupa dengan Somi. Ini membuatkan peminat sukar membezakan antara penyanyi dan kumpulan penari.

Bukan sekadar isu baju, peminat juga mendakwa, penari pengiring itu juga kerap bertindak di luar batasan apabila gemar ikut menyanyi, selain mengenyit mata ke arah kamera yang merakam persembahan.

Tidak terhenti di situ, salah seorang penari latar yang dikenali sebagai Park Chae-wan menjadi mangsa serangan peminat fanatik Somi menerusi Instagram. Chae-wan dituduh cuba mencuri populariti artis kesayangan mereka.

“Nampaknya awak jadi sangat tamak walaupun cuma sebagai penari latar. Sebab awak sedar tidak akan mampu jadi artis dengan apa yang awak ada,” tulis seorang peminat menerusi komen dalam Instagram Chae-wan.

Enggan dipijak sesuka hati, Chae-wan lantang membidas komen peminat berkenaan dengan mengajaknya bertemu empat mata jika dia seorang yang berani.

Meskipun Somi mahupun agensinya tidak memberi maklum balas setakat ini, namun netizen beranggapan, kelompok peminat penyanyi itu tidak sepatutnya bertindak sedemikian sehingga membuatkan isu tersebut tular, sekali gus memberi tempias tidak baik buat Somi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI