fbpx

Pemakai purdah dan niqab disaran pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Golongan wanita yang memakai purdah dan niqab adalah disarankan supaya turut memakai pelitup muka bagi menghalang daripada dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan menyarankan dua jenis pelitup muka iaitu pelitup muka perubatan tiga lapis dan pelitup muka bukan perubatan.

“Purdah satu lapisan tidak cukup (menghindari jangkitan) jadi disyorkan kepada mereka yang memakai purdah supaya turut menggunakan pelitup muka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pelitup muka perubatan tiga lapisan digunakan oleh petugas kesihatan, orang awam mengalami gejala saluran pernafasan, golongan berisiko tinggi seperti warga emas (berusia 60 tahun dan ke atas) serta mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Untuk pelitup muka bukan perubatan, Noor Hisham berkata, disyorkan untuk mereka yang tidak mengalami gejala. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI