fbpx

Mayat wanita reput dijumpai belakang kuil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mayat wanita reput yang dijumpai dalam kawasan semak di belakang sebuah kuil di Taman Zenith di Taiping semalam.

Oleh ASLIZA MUSA

TAIPING – Satu mayat wanita reput ditemui orang awam di kawasan semak di belakang sebuah kuil di Taman Zenith di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mayat dalam keadaan tanpa pakaian itu dijumpai pada pukul 8.30 malam.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berbogel namun terdapat pakaian dijumpai berhampiran mayat tersebut.

“Dompet mangsa turut ditemui di lokasi kejadian namun tidak mengandungi sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa yang telah reput itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI