fbpx

Gerak hati suami bermotosikal dalam hujan rintik selamatkan anak dan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tayar sebuah lori balak yang tercabut di Kampung Lata Kasah di Jerantut Pahang semalam.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

JERANTUT – Gerak hati seorang suami yang membatalkan hasrat membawa kereta untuk keluar bekerja dan menaiki motosikal menyelamatkan anak dan isterinya daripada dirempuh tayar lori balak yang tercabut di Kampung Lata Kasah di sini semalam.

Ia menyaksikan kereta yang diletakkan di hadapan rumah remuk selepas menjadi benteng menahan tayar lori balak yang bergolek laju dari merempuh bilik dihuni anak dan isterinya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu tayar berkembar lori balak berkenaan tercabut dan bergolek meneruni bukit ke rumah mangsa sebelum merempuh sebuah kereta jenis Perodua Alza yang diletakkan di hadapan rumah.

Siti Noraaisyah Abdul Rahman,35, berkata, semasa kejadian dia baru sahaja balik ke rumah selepas menghantar anak sulungnya ke sekolah rendah berhampiran.

“Apabila balik saya terus ke bilik hadapan melihat anak ketiga yang berumur tiga tahun sedang nyenyak tidur sebelum mendengar dentuman kuat dan panggilan daripada emak mertua yang tinggal bersebelahan.

“Saya terkejut melihat tayar lori yang tercabut merempuh kereta dan berasa bernasib baik kerana sebelum ini suami yang mahu membawa kereta kerana hujan rintik tergerak hati pula membawa motosikal,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, di juga bersyukur kerana ibu mertuanya turut terselamat kerana semasa kejadian ibu mertuanya tidak berkebun di kawasan hadapan rumah seperti rutin hariannya.

Menurut Siti Norraisyah kawasan jalan berkenaan sememangnya sering dilalui lori balak dan ia adalah kejadian pertama melibatkan tayar lori balak tercabut dan merrempuh ke kawasan rumah penduduk.

Katanya, akibat kejadian menyebabkan kereta jenis Perodua Alza miliknya remuk di bahagian kanan dan mengalami pelbagai kerosakan.

Dalam pada itu, dia berkata, telah membuat laporan polis dan pihak polis juga telah datang bagi mengambil laporan dan melihat kejadian berkenaan.

Katanya, setakat ini dia tidak menerima apa-apa bayaran ganti rugi dan majikan lori berkenaan menyatakan keretanya akan dibaiki menggunakan tuntutan insurans lori balak berkenaan.

Pada 14 September lalu seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar sebuah lori balak yang bergolek di atas jalan selepas tercabut di Kilometer 48 Jalan Temerloh-Jerantut di Maran.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, mangsa Mohamad Zazmi Mohd Zahari,22, yang berasal dari Jengka 10 mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI