fbpx

Kerajaan Perak hulur dana bantu Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan menghulurkan dana bagi membantu rakyat Sabah yang terjejas berikutan penularan Covid-19 ketika ini sekali gus sebagai tanda prihatin dan sokongan moral kepada penduduk di sana.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu telah pun diputuskan pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini manakala jumlah sumbangan pula akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, kerajaan dan rakyat negeri Perak turut mendoakan keselamatan penduduk di Sabah serta pada masa sama mengharapkan mereka bertabah menghadapi dugaan ketika ini.

“Kerajaan negeri akan menyerahkan sumbangan khas tabung Covid-19 ini bagi memberi bantuan kewangan kepada kerajaan negeri Sabah. Jumlah dana nanti kita akan beritahu.

“Pada masa ini rakyat Sabah perlu dibantu. Kita wajar memberikan pertolongan dalam keadaan sukar selain berdoa pandemic Covid-19 di sana terkawal dan keadaan kembali pulih,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa hadir pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan Hoki dan Kriket Perak di sini hari ini.

Kes jangkitan Covid-19 di Sabah membimbangkan apabila pendemik itu semakin meningkat terutama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang berakhir 26 September lalu.

Pada ketika ini jumlah kes Covid-19 di Sabah mencatatkan kira-kira 9,290 kes iaitu yang tertinggi di negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI