fbpx

Ferrari mula buat perubahan drastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERRARI berdepan krisis prestasi paling kemuncak musim ini apabila mereka gagal meraih sebarang kemenangan podium setakat ini. – AFP

MARANELLO – Ferrari dilihat terus bekerja keras melakukan penambahbaikkan pada jentera SF1000 mereka menjelang sai­ngan Grand Prix (GP) Portugal yang berlangsung pada hujung minggu ini.

Musim 2020 adalah yang terburuk buat pasukan Ferrari selepas pembangunan yang mereka lakukan musim lalu pada jentera SF1000 dilihat gagal memberi tentangan kepada Mercedes musim ini dan masih belum berupaya meraih kemenangan.

Ferrari kecewa dan marah selepas meraih keputusan paling buruk dalam tempoh sedekad di GP Belgium. Justeru, selepas perlumbaan tersebut, Ferrari mahu melakukan beberapa penambahbaikkan termasuk sedang membangunankan casis baharu.

Prinsipal Ferrari, Mattia Binotto menilai pasukan kendaliannya itu sedang melakukan perubahan ke arah lebih positif selepas GP Jerman apabila pelumbanya, Charles Leclerc menamatkan saingan di kedudukan ketujuh dan Sebastian Vettel tempat ke-11.

“Selepas melakukan beberapa pembaharuan dan data yang kami peroleh, jentera SF1000 beroperasi dengan baik serta terdapat beberapa peningkatan positif.

“Pasukan perlu bekerja keras kerana terdapat beberapa ujian yang kita akan lakukan untuk memastikan SF1000 lebih stabil. Di Portugal nanti kita akan lihat bermula pada sesi kelayakan,” katanya.

Jurutera Ferrari, Simone Resta menjelaskan mereka memberi tumpuan kepada casis bahagian belakang SF1000 dan akan membuat beberapa pembaharuan pada jentera tersebut di Portugal.

“Kami harap dapat sesuatu yang positif di Portugal nanti. Kami akan melakukan penambahbaikkan bahagian belakang jentera. Kami berpendapat ia adalah yang terbaik untuk pengembangan antara casis dan aerodinamik bagi menambah kepantasan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI