fbpx

Farah Nabilah selamat lahirkan bayi sulung lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farah Nabilah.

KUALA LUMPUR – Pelakon Farah Nabilah selamat melahirkan bayi sulungnya di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, pagi tadi.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan Farah, 28, yang berkongsi sebuah video mengandungi suara tangisan bayinya menerusi Instagram.

Bagaimanapun, video berdurasi 12 saat itu tidak memaparkan imej bayi sebaliknya sekadar menggunakan warna hitam sebagai latar belakang.

“Assalamualaikum semua. Syukur alhamdulillah saya melahirkan bayi sulung lelaki yang sihat pagi tadi, 22 Oktober 2020 bersamaan 5 Rabiulawal 1442 Hijrah.

“Saya akan kongsikan nama dan wajah bayi kami bila tiba masanya ya. Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga.

“Semoga Allah berikan semua kebahagiaan terutama ketika situasi sekarang. Jaga diri semua,” tulisnya.

Farah mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohammed Amirul Yunus, 29, yang merupakan seorang juruterbang pada 20 Disember tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI