fbpx

Cepatlah kahwin Janna, Dini – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK dan kekasihnya, Dini.

MINGGU lalu, Instagram Mizz Lahar dibanjiri dengan video romantis pasangan kekasih Janna Nick dan Dini Azan Schatzmann.

Comel sungguh pasangan tersebut dalam video yang dimuat naik sempena sambutan ulang tahun Dini ke-26 pada Sabtu lalu.

“Selamat hari jadi Dini. Saya mahu berdiri dengan awak di atas gunung, luangkan masa bersama di pantai, baring sebegini selamanya, hingga awan meruntuh. Saya sangat cintakan awak sedalam hati saya,” tulisnya dalam pada kapsyen video tersebut.

Wah! main ayat gunung pula. Terkesan pula hati dan jiwa Mizz Lahar yang sedang berduka dek kerana ditinggalkan kekasih ini selepas menonton video tersebut. Romantiknya!

Rata-rata ramai pengikut Janna dalam Instagram meluahkan rasa gembira dengan hubungan tersebut.

Malah, mereka juga mengatakan terpancar cahaya kegembiraan dan kebahagiaan pada wajah pengacara Melodi tersebut.

Bahkan, ramai yang mendoakan hubungan pasangan itu bahagia sehingga ke anak cucu. Seronoknya ramai doakan mereka berkahwin.

Mizz Lahar memang tidak nafikan perkara itu, Janna dan Dini sedang diulit bahagia. Namun, di sebalik pujian ramai, terselit juga komen-komen mulut jahat yang mengatakan corak pergaulan Janna dan Dini seperti sudah berkahwin.

Kata mereka, tidak elok pasangan bukan mahram bergaul bebas dan sangat akrab seperti itu.

Biasalah, bila hati sedang berbunga pasti ada yang pahitnya. Itu semua lumrah manusia, tambah pula Janna dan Dini merupakan selebriti, pasti semua perkara yang dilakukan menjadi tumpuan umum. Sabar sajalah.

Semoga Janna dan Dini cepat-cepat naik pelamin. Bukan apa, simpati pula pada yang masih solo dan mencari sebab terpaksa makan hati tonton kehangatan asmara mereka.

MIZZ LAHAR: Suka tengok keserasian Uqasha Senrose dan Kamal Adli dalam drama Perempuan Tanpa Dosa. Jalan cerita pun bagus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI