fbpx

Bicara kes Sugu miliki sabit pada 11, 12 Januari tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M.Sugu keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh selepas hadir sebutan semula atas tuduhan memiliki sabit.

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 dan 12 Januari depan sebagai tarikh perbicaraan kes YouTuber masakan, M. Sugu, yang didakwa atas pertuduhan memiliki sabit di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini Julai lalu.

Hakim Norashima Khalid menetapkan tarikh tersebut selepas mahkamah menolak representasi untuk menilai kembali pertuduhan yang dikemukakan peguam bela, Muhamad Syahrul Nizam Mohd. Rabi sebelum ini.

Syahrul Nizam bagaimanapun akan membuat permohonan representasi kali kedua ke pejabat pendakwaan di ibu pejabat di Putrajaya untuk diteliti sekali lagi memandangkan pihaknya percaya kes tersebut baginya tiada merit dan prima facie terhadap Sugu.

Mahkamah turut menetapkan 7 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu status representasi kedua berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Sugu didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter bertulis Tiger di parkir HRPB Ipoh pada pukul 6 petang, 21 Julai lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sugu yang memaki baju T kuning hadir ke mahkamah hari ini tanpa ditemani Pavithra.

Kosmo! pada 18 September lalu melaporkan, Sugu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas satu lagi pertuduhan yang dihadapinya iaitu mendatangkan kecederaan kepada isterinya, S. Pavithra, 28, Julai lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI