PEMAIN muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin bakal diletakkan dalam skuad utama pasukan K.V. Kortrijk menentang Anderlecht dalam saingan Liga Belgium awal pagi Sabtu ini.
Perkara itu disahkan oleh Duta besar Belgium ke Malaysia, Pascal H. Gregoire dalam satu ciapan laman sosial Twitter sebentar tadi.
“Luqman Hakim tersenarai dalam skuad KV Kortrijk yang akan berdepan dengan Anderlecht,” kata Gregoire.
Perlawanan melibatkan pasukan K.V Kortrijk menentang skuad Anderlecht yang dibimbing oleh Vincent Kompany itu akan berlangsung pada pukul 2.45 pagi waktu Malaysia di Stadium Guldensporen, Belgium. – K! ONLINE