fbpx

115 permohonan rentas negeri ditolak kerana alasan tidak kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amar (kiri) membuat tinjauan orang ramai yang sedang mengisi borang permohonan rentas negeri di pintu pengawal, IPD itu hari ini.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Sebanyak 115 permohonan rentas negeri ditolak setakat ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penolakan tersebut susulan alasan tidak kukuh untuk rentas negeri seperti bercuti dan menghantar isteri dan anak-anak pulang ke kampung halaman.

Katanya, sebanyak 2,900 permohonan direkodkan bermula 9 Oktober lalu hingga jam 12 tengah hari ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2,785 permohonan yang sudah diluluskan.

“Kelulusan itu diberikan kepada pemohon yang mempunyai alasan yang kukuh dan munasabah,” kata ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, di sini hari ini.

Beliau menambah kelulusan untuk mendapatkan permohonan rentas negeri bergantung kepada sebab dan alasan pemohon.

“Jika kes yang dihadapi pemohon melibatkan hal-hal kecemasan, kelulusan akan diberikan dengan kadar segera.

“Berbeza dengan kes yang tidak melibatkan kecemasan, ia mengambil masa sekitar tiga hingga empat jam bagi membolehkan pegawai terlibat membuat semakan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI