KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akhirnya membuka mulut mengenai pendirian parti itu terhadap situasi politik negara.
Dalam satu kenyataan, beliau menekan empat pendirian parti itu, antaranya melakukan gencatan politik bagi memastikan usaha menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang dihimpit kesusahan akibat masalah ekonomi dapat ditangani.
“Mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi.
“Mengarahkan semua kepimpinan parti yang berada dalam kabinet ketika ini memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha membantu rakyat akibat damak ekonomi dan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, selain itu, kerjasama semua parti dalam kerajaan PN harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik di saat negara menghadapi ancaman Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi negara. -K! ONLINE