fbpx

Ular sawa 25kg masuk sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 25 kilogram berjaya ditangkap pasukan bomba di SK Chembong, pagi tadi.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Kelibat seekor ular sawa di dalam longkang mencetuskan panik warga Sekolah Kebangsaan Chembong, dekat sini, pagi tadi.

Reptilia seberat 25 kilogram itu ditemui oleh seorang guru sekolah yang melalui kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Fuad Majid, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 8.48 pagi.

“Sebaik tiba ke lokasi, anggota bertugas mendapati ular sawa sepanjang lima ke enam meter berkenaan masih lagi berada di dalam longkang.

“Kita mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membawanya keluar dan menangkap ular sawa berkenaan yang tersepit di dalam longkang,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI