fbpx

Tiz Zaqyah berang terima gambar lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon Tiz Zaqyah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir netizen yang mengirim gambar lucah kepadanya dalam media sosial baru-baru ini.

Sikap jijik pengguna media sosial itu dikongsi Tiz menerusi akaun Instagramnya semalam selepas dia mendedahkan menerima sekeping foto yang memaparkan gambar alat sulit lelaki.

Menurut pemilik nama penuh Siti Zaqyah Abd. Razak, 32, gambar lucah tersebut diterimanya selepas individu itu membalas video memasak yang dimuat naiknya semalam.

“Tak tahulah itu akaun palsu atau tidak. Itu video saya tengah memasak. Anda bayangkan adik, kakak atau anak anda menerima gangguan sebegini. Anda akan diam saja?

“Ramai sangat orang macam ini dalam media sosial,” tulisnya dalam Instagram Story sebentar tadi.

Tambah pelakon drama Nur Kasih itu, dia bertindak mendedahkan perkara tersebut kerana merasakan tidak adil apabila golongan wanita yang sering menjadi mangsa gangguan lucah seperti itu.

“Saya minta maaf sebab muat naik gambar itu. Saya nak anda semua rasa apa yang saya dan ramai lagi perempuan di luar sana alami.

“Bukannya baru setahun dua menggunakan media sosial dan berapa lama lagi kita hanya mampu menyekat akaun sebegini. Kemudian dengan harapan tiada perkara buruk terjadi pada hari akan datang?

“Kenapa perempuan selalu kena berdepan perkara teruk seperti ini, manakala pelakunya hanya diam. Kemudian mereka boleh bersenang-lenang dan anggap mereka berhak hidup.

“Saya pun tak mahu kecoh-kecoh, tetapi berapa lama lagi kena hadap benda macam ini? Senangnya hidup kau,” kongsi­nya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI