fbpx

Tiada perarakan, perhimpunan luar Maulidur Rasul tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOSRIN

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor memutuskan bahawa tiada sebarang perarakan dan perhimpunan di luar premis bagi penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, semua penganjuran sambutan Maulidur Rasul semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Jelasnya, garis panduan tatacara penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul ini telah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak berkuasa Agama.

“Pihak penganjur perlu memastikan penceramah yang dijemput adalah yang bermastautin di negeri ini sahaja yang berakidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta mempunyai tauliah dan kebenaran khas oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

“Penceramah dari luar negeri Johor adalah tidak dibenarkan walaupun mempunyai tauliah atau kebenaran khas daripada MAINJ.

“Penceramah yang dilantik oleh pihak penganjur hendaklah menyampaikan syarahannya tidak melebihi sejam dengan tidak termasuk atur cara yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tosrin berkata, dari segi kehadiran, penganjur perlu memastikan jumlah kehadiran tidak melebihi satu pertiga kapasiti masjid dan surau selain sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, golongan berisiko yang mempunyai sejarah penyakit kronik, kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah serta warga asing tidak dibenarkan ke mana-mana majlis sambutan Maulidur Rasul.

“Objektif ketetapan garis panduan ini adalah mengurangkan risiko penularan wabak penyakit, menetapkan langkah pencegahan dan keselamatan serta memastikan kelancaran penganjuran majlis tersebut.

“Aturcara majlis dihadkan bacaan Al-Quran, berzanji, berselawat beramai-ramai, bacaan doa, syarahan Maulidur Rasul dan edaran bungkusan jamuan sebelum bersurai,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI