fbpx

Suspek bunuh lelaki buta dihadapkan ke mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Seorang wanita dan adik lelakinya yang disyaki terlibat dengan pembunuhan seorang lelaki buta di Jalan Jati, Kampung Sungai Chua di sini pada 1 Oktober lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, wanita berusia 45 tahun yang juga isteri mangsa bersama adiknya berusia 42 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang esok atas kesalahan merancang dan membunuh suaminya untuk mendapatkan harta,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang wanita tergamak merancang pembunuhan suaminya yang buta semata-mata untuk mendapatkan harta milik lelaki itu yang dianggarkan berjumlah lebih RM2 juta.

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 12.30 tengah hari pada 1 Oktober lalu itu si isteri me­ngupah adik lelakinya untuk datang ke rumah mereka di Jalan Jati, Kampung Sungai Chua di sini dengan tujuan membunuh suaminya yang juga seorang ahli perniagaan.

Bagaimanapun, pembunuhan itu terbongkar pada Sabtu lalu selepas wanita berusia 45 tahun berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuatnya yang mendakwa si mati disamun individu tidak dikenali di hadapan rumah mereka.-K ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI