fbpx

Seorang kakitangan DBKL positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menara DBKL.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaporkan satu kes kakitangannya positif Covid-19.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan DBKL, individu positif tersebut merupakan kakitangan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL bertempat di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail.

“Dia telah menjalani ujian calitan pada 18 Oktober lalu di Klinik Kesihatan Rawang berikutan kontak rapat kepada kes pertama Covid-19 di DBKL selepas hadir bersama dalam suatu mesyuarat pada 30 September lalu.

“Pihak DBKL dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) sedang giat mengesan kontak rapat bagi kes terbaharu ini untuk tindakan susulan,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, tindakan nyahkuman telah dibuat pada hari ini pukul 9 pagi hingga 11 pagi oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL serta pemilik bangunan di tingkat tiga, empat, lima, enam, tujuh, serta 17.

“Operasi di menara ini berjalan seperti biasa namun mengikut prsedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI