fbpx

Real lega kecederaan Ramos tidak serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMOS terlepas aksi menentang Cadiz ketika Real tewas pada perlawanan tersebut, namun bakal diturunkan pada aksi menentang Shakhtar awal pagi esok. – AFP

MADRID – Real Madrid boleh menarik nafas lega selepas kap­ten, Sergio Ramos dilaporkan cergas dan mungkin diturun­kan pada aksi Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk di Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Terdahulu, laporan awal mengatakan pemain antarabangsa Sepanyol itu tidak dapat diturunkan selepas mengalami kecederaan lutut ketika tewas 0-1 kepada Cadiz Ahad lalu.

Pada perlawanan tersebut, Ramos terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama dan kecederaan itu kelihatan serius apabila lututnya dibaluti dengan ais.

Bagaimanapun, selepas menjalani ujian serta imbasan lanjut, Ramos yang juga kap­ten Sepanyol tidak mengalami kecederaan serius, sekali gus membuatkan pengurusan pa­sukan berasa lega.

Meskipun tidak mengalami kecederaan serius, namun jurulatih, Zinedine Zidane akan memantau keadaan Ramos sebelum membuat keputusan bagi aksi menentang Shakhtar.

Sementara itu, Real terpaksa melupakan khidmat pemain tengah Norway, Martin Odegaard yang memerlukan tempoh tiga minggu untuk pulih selepas tercedera ketika beraksi bersama pasukan negaranya.

Isu kecederaan yang membelenggu Real nyata mengganggu persiapan pasukan itu bagi menghadapi beberapa perlawanan penting termasuk El Clasico menentang Barcelona Sabtu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI