fbpx

PM menghadap Agong untuk mesyuarat pra-Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHYIDDIN (kiri) dan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan, Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara hari ini.

Menurut Istana Negara di laman Facebook, sesi tersebut berlangsung selama satu jam bermula jam 8 pagi tadi.

“Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” katanya.

Turut dimuat naik di laman Facebook tersebut ialah empat keping gambar mesyuarat antara Al-Sultan Abdullah dan Muhyiddin.

Sebelum ini, Muhyiddin menghadap Baginda secara persidangan video memandangkan beliau dalam tempoh kuarantin kendiri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI