fbpx

Pemandu nyaris maut lori balak terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRELER sarat muatan balak terbalik selepas bergesel dengan sebuah kereta Proton Wira di Kilometer 5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di Gua Musang semalam.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang pemandu nyaris maut selepas treler sarat muatan balak yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.55 petang itu, mangsa, Cho Chee Meng, 60, yang berasal dari Kuala Krai mengalami luka di dahi, tangan dan perut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, kemalangan itu turut membabitkan empat kenderaan lain di lokasi kemalangan berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku ketika treler balak terbabit dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

“Sewaktu di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Proton Wira cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun tidak lepas sebelum memasuki semula ke laluannya.

“Kejadian itu menyebabkan kereta terbabit bergesel dengan treler balak menyebabkan hilang kawalan sebelum terbalik hingga berpuluh kayu balak bergelimpangan atas jalan,” katanya.

Mohd. Taufik berkata, sewaktu nahas, dua buah kereta dari arah yang sama telah brek mengejut sebelum terbabas.

Katanya, pemandu Perodua Viva, Muhammad Shafiq Sidik, 26 dan pemandu sebuah lagi Proton Wira, Muhamad Azfar Hassam, 22, cedera ringan.

“Kemalangan itu menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya kerana kayu balak dari treler yang terbalik telah menghalang laluan.

“Trafik kembali lancar sebaik kerja memindahkan kayu balak itu dilakukan dalam masa 30 minit,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI