fbpx

Pasukan pengeluar patut rasai tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR kini mendahului senarai kedudukan pelumba selepas merampas kedudukan pertama daripada Quartararo. – AFP

ARAGON – Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo dilihat sedikit tertekan dengan harapan yang diletakkan kepadanya mengenai pemburuan gelaran dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Bagaimanapun, pelumba Perancis itu mengakui tekanan tersebut seharusnya dirasai oleh pasukan pengeluar dengan situasi ketika ini selepas pelumba Suzuki, Joan Mir memimpin pemburuan gelaran MotoGP.

Pada perlumbaan di Aragon, Quartararo mempunyai pe­luang cerah untuk merangkul kemenangan selepas memulakan perlumbaan di petak pertama, namun masalah tayar hadapan menjejaskan tunggangannya hingga menyebabkan dia sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18.

Masalah tersebut menyaksikan statusnya sebagai pendahulu kejuaraan musim ini dirampas Mir selepas dipisahkan dengan enam mata.

“Tekanan seharusnya tidak kepada saya. Saya memimpin perlumbaan sebelum ini tetapi SRT hanya baru ditubuhkan tahun lalu dan ini merupakan musim kedua saya bersama pasukan ini. Saya juga bukan dari pasukan pengeluar.

“Seharusnya pelumba pasukan pengeluar yang tertekan dengan situasi ketika ini. Pera­saan saya baik dan hanya berdepan masalah teknikal di Aragon,” katanya.

Mengulas kemenangan pasukan Suzuki, Quartararo mengakui jentera Suzuki sangat pantas selain menegaskan, pa­sukannya tidak boleh melakukan kesilapan sama menjelang perlumbaan seterusnya.

Quartararo tampil agresif musim ini dan menjadi antara calon yang mampu memberi tentangan pada perebut gelaran 2020 selepas meraih kemenangan dua kali berturut-turut di Jerez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI