fbpx

KPDNHEP lupus barang kes RM147,162

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Hairul (baju putih) melupuskan barang kes di Stor Eksibit KPDNHEP Johor hari ini. Foto IHSAN KPDNHEP

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melupuskan pelbagai barangan kes bernilai RM147,162.90 di Stor Eksibit di sini hari ini.

Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, pelupusan barangan itu melibatkan 44 kertas siasatan melibatkan tiga akta.

Menurutnya, tiga akta tersebut ialah Akta Hak Cipta 1987, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Pelupusan barang kes ini melibatkan beberapa barangan tiruan seperti pakaian, beg tangan, kasut serta jam tangan manakala barangan melibatkan hak cipta termasuk perisian komputer, cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD).

“Bagi pelupusan barangan kawalan pula seperti gula, minyak masak, tepung, gas petrolium cecair (LPG) dan diesel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Hairul berkata, pelupusan barang kes ini merupakan kali kelima dilakukan KPDNHEP Johor bermula Januari hingga Oktober tahun ini melibatkan jumlah keseluruhan RM1.23 juta.

Katanya, nilai itu mambabitkan 155 kes dengan jumlah barangan sebanyak 117,043 unit dilupuskan.

“KPDNHEP menasihatkan para peniaga khususnya di negeri Johor agar mematuhi segala undang-undang perniagaan yang telah ditetapkan kementerian,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI