fbpx

Mesej selamatkan alam sekitar dalam IGEM Green Concert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK M. NASIR

PETALING JAYA – Bukan sahaja menjadi penghibur yang tidak pernah gagal mempesonakan peminat dengan lagu-lagu berhantu, nama-nama besar dalam industri seni suara tanah air juga mempunyai pengaruh besar dalam menzahirkan sokongan dan memanaskan  perjuangan memelihara keindahan alam sekitar khazanah untuk warisan akan datang.

Terbaharu melalui penganjuran konsert IGEM Green Concert, nama-nama besar industri suara menyampaikan betapa kita semua perlu menyokong segala usaha menghijaukan dunia.

IGEM virtual Green Concert menyatukan nama-nama besar industri suara bagi menyampaikan mesej betapa kita semua perlu menyokong segala usaha menghijaukan dunia.

Konsert tersebut diadakan sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eco Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2020 yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober 2020.

Menampilkan Joey Daud sebagai pengacara, konsert berkenaan berlangsung dan dirakamkan pada 16 Oktober lalu di Petaling Jaya dengan mematuhi standard SOP sesi penggambaran yang ketat.

Menariknya, konsert berkenaan boleh ditonton secara virtual di seluruh dunia dengan melayari laman web virtual.com. Sudah pasti, banyak yang indah tentang tampil di dalam sebuah acara besar dengan matlamat yang murni sebegini.

Justeru artis-artis seperti Datuk DJ Dave, Datuk M. Nasir, Datuk Awie, Ella Aminuddin dan Siti Nordiana tampil bersuar, ‘tolong, kita semua perlu terus kekal bersatu, selamatkan alam sekitar ini.’

ELLA

Turut membuat penampilan ialah penyanyi muda, Asfan Shah dan Chubby Buskers.

Menurut CEO IGEM 2020 Shamsul Mohd Nor, konsert secara virtual (maya) tersebut merupakan pemangkin untuk memperhebatkan kempen meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Penganjurannya juga sejajar dengan matlamat  Industri 4.0 yang memberikan pendedahan luas kepada adaptasi era digital.

“Melalui penganjuran virtual IGEM Green Concert ini kita berharap dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai yang juga peminat artis-artis ini untuk sama sama menghayati mesej yang ingin disampaikan oleh IGEM.

“Saya percaya melalui sentuhan hiburan sebegini, matlamat penganjuran acara kami lebih mudah untuk sampai dan diterima oleh golongan masyarakat,”katanya.

Sementara itu penyanyi  M. Nasir pula menjelaskan mengenai pemilihan lagu Rimba Tari Mustikal sebagai dendangannya dalam konsert tersebut.

“Saya melihat lagu ini sangat sesuai kerana secara tidak langsung ia bercerita tentang alam, tentang keindahannya juga tentang usaha ‘menodakannya’ dengan apa yang diistilahkan sebagai pembangunan. Ia adalah segala galanya tentang kemanusiaan jika digali dengan lebih mendalam akan maksud lagu ini. Jadi saya turut berbesar hati kerana IGEM Green Concert berusaha untuk menyampaikan mesej mesej yang baik dan berguna ini kepada orang ramai,” katanya.

AWIE

Artis-artis lain yang mengambil bahagian dalam konsert berkenaan turut menyatakan sokongan dan dukungan padu terhadap kempen kesedaran ini.

Ella secara tegas melahirkan kekesalan di atas sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang masih mengambil mudah mengenai penjagaan alam sekitar ini.

“ Ella harap dengan konsert sebegini, kami dapat menyentuh mata fikir pihak pihak terbabit untuk lebih cakna, lebih peka akan natijah akibat tindakan mereka,” ujarnya.

Begitu juga dengan DJ Dave juga turut melahirkan sokongan mengenai kempen kempen sebegitu.

Beliau yang juga Penerbit Eksekutif acara menyatakan, sebagai anak seni sokongan paling kecil yang boleh mereka salurkan ialah dengan karya seni juga.

Beliau yang memilih lagu Di Desa Kasihku Tertumpah, demi mengimbas semula kenangan dan nostalgia kebanyakan orang tentang kehidupan di desa yang kebiasaannya dianggap sebagai kurang berlakunya pencemaran alam.

DJ DAVE

“Konsert sebegini, paling tidak, akan menjentik semula hati sesetengah penonton yang mungkin sudah alpa tentang alam yang kian terjejas ini. Kita perlu beri kesedaran secara berterusan agar bumi mampu dipelihara sebaiknya untuk tempoh masa yang lebih lama lagi,” ujarnya.

Konsert yang dianjurkan sempena kempen meningkatkan kesedaran peri pentingnya penjagaan alam sekitar ini turut menyenaraikan lagu lagu antaranya, Terima Kasih, Oh La La Tropika dan Standing In The Eyes Of The World.

IGEM 2020 merupakan penganjuran kali ke-11 yang seumpamanya dan melibatkan penyertaan dari seluruh pelusuk dunia.

Bermula 19 hingga 23 Oktober, ia akan membahaskan beberapa topik utama yang melibatkan pengurangan 70 peratus populasi dunia yang tinggal di pinggir sungai, kerjasama menamatkan sisa plastik, pengurangan pelepasan gas dari rumah hijau dan teknologi diod pemancar (LED) yang lebih efisen.

Program  diadakan secara virtual (maya) akan menyediakan akses 24 jam dan boleh ditonton di seluruh dunia menerusi laman sesawang virtual.com. – K! ONLINE

JOEY DAUD
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI