PENGACARA dan juga pereka fesyen, Ivan Gunawan membuat pendedahan pernah berdepan pengalaman menyeramkan gara-gara membuat pembedahan plastik pada hidungnya.
Akibat menanam benang pada hidungnya untuk kelihatan lebih mancung, wajahnya hampir menjadi cacat apabila hidungnya mula membusuk.
“Aku menjalani operasi kosmetik di sebuah pusat kecantikan di Jakarta kerana mahu memiliki wajah sempurna,” ujar Ivan sekali terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat hidungnya.