fbpx

Gajah liar musnahkan tanaman penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor gajah berjaya dirakam penduduk Kampung Sri Timur pada kejadian Ahad lalu.

Oleh MOHAMAS FAHD RAHMAT

KLUANG – Penduduk di Kampung Sri Timur dan Kampung Sri Tambak di sini resah dengan kehadiran kira-kira 40 ekor kawanan gajah sejak minggu lalu.

Kemunculan mamalia itu bukan sahaja dibimbangi mendatangkan risiko bahaya malah turut memusnahkan tanaman yang diusahakan penduduk.

Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Kesejahteraan Kampung Sri Tambak, Asri Abdul Samad berkata, kawanan itu dikesan berada di kampung Sri Timur kira-kira pukul 7.30 pagi, Ahad lalu.

“Kejadian ini dialami oleh seorang penduduk di Jalan Menanti Kampung Sri Timur yang pada mulanya mendengar bunyi bising di luar rumahnya.

“Sebaik membuka pintu, dia tergamam melihat kawanan itu berada betul betul di depan rumahnya yang ada ditanam pokok cempedak,” katanya ketika ditemui hari ini.

Asri berkata, penduduk berkenaan hanya membiarkan haiwan liar itu makan sebelum mereka beredar memasuki hutan berhampiran.

“Kira-kira 15 batang pokok cempedak dan nangka dirosakkan. Kejadian kehadiran kawanan gajah liar ini di kawasan rumah penduduk bukan perkara baru malah semakin meruncing sejak 2015,” katanya.

Jelasnya, penduduk kampung mengambil langkah berjaga-jaga termasuk membuat unggun api bagi menghalau gajah berkenaan daripada menghampiri kawasan tersebut.

Asri berkata, penduduk kampung memohon pihak berkuasa supaya mengambil langkah penyelesaian jangka panjang bagi menyelesaikan konflik berkenaan.

Dakwa penduduk kawanan itu hadir disebabkan oleh tindakan membuka kawasan hutan simpan di Kahang ini untuk projek Loji Rawatan Air Empangan Kahang seluas kira-kira 2,000 hektar pada tiga tahun lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI