fbpx

Dakwaan laluan keluar masuk Petaling Jaya ditutup tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar hantaran mengenai dakwaan tersebut dari sebuah akaun Facebook.

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan yang mengatakan laluan keluar dan masuk ke Petaling Jaya telah ditutup seperti yang telah tular di media sosial sejak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bermula 14 hingga 28 Oktober pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya mengambil tindakan mendirikan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa lokasi.

“Kes jangkitan virus Covid-19 dilihat tidak menunjukkan penurunan, maka pihak polis IPD Petaling Jaya menggerakkan sumber manusia sedia ada ke penugasan PKPB seperti rondaan MPV, ‘warn and sweep’, Op Cantas, SJR, serta penugasan lain dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai.

“Lokasi di mana SJR didirikan di laluan keluar dan masuk Petaling Jaya adalah di tol Subang, tol Sungai Buloh dan tol Damansara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi PKPB agar rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.

Terdahulu, dakwaan yang tular di media sosial itu menyatakan laluan ke Petaling Jaya melalui Damansara, Ara Damansara, Subang, Sungai Buloh, Kota Damansara dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan ditutup kecuali mempunyai permit daripada pihak polis dan majikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI