fbpx

Berani kerana benar, bukan saya dipanggil SPRM – Zulin Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULIN meluahkan rasa kecewa kerana tidak henti-henti menjadi mangsa fitnah netizen yang mengaitkan dirinya dengan Macau Scam.

PETALING JAYA – Pelakon dan juga pengacara, Zulin Aziz menafikan dirinya adalah selebriti yang akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berkaitan isu pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam.

Pemilik nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz itu juga meluahkan rasa kecewa dan kesal selepas tidak henti-henti menjadi mangsa fitnah netizen yang mengaitkan dirinya dengan isu tersebut.

“Di sini saya jelaskan saya tidak pernah dipanggil untuk membantu siasatan oleh @sprm.community. Saya tidak ada kena mengena dengan sindiket itu malah tidak pernah menjalankan perniagaan dengan mereka,” ujar selebriti berusia 31 tahun itu menerusi Instagramnya, semalam.

Pada masa sama, Zulin turut menjelaskan bahawa perniagaan yang dia jalankan iaitu Dmagia merupakan perniagaan Kerjasama dengan syarikat Sireh Emas.

Ujarnya lagi, tuduhan yang dilemparkan netizen ke atas dirinya berikutan tular foto dirinya bersama suspek yang disoal siasat oleh SPRM berhubung aktiviti Macau Scam dan pengubahan wang haram tersebut.

“Saya tidak pernah dipanggil, terlibat dan ada kena mengena. Susulan daripada kes ini, gambar saya disebarkan netizen hanya kerana saya mengenali mereka.

“Kalau saya diminta untuk memberi keterangan, apa yang saya boleh kongsikan ialah saya pernah pergi majlis hari jadi anaknya, pernah berciuti di Itali pakai duit sendiri dan pernah masakkan mereka asam pedas ikan pari,” kata Zulin.

Tegas Zulin, dia berani kerana benar dan mencari rezeki yang halal dengan berniaga, berlakon dan membuat ulasan makanan.

“Berhenti fitnah saya makan duit haram. Tiada apa lagi yang nak dikatakan,” ujarnya.

Semalam tular menerusi media apabila dua artis terkenal masing-masing seorang lelaki dan perempuan bakal dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.

Rata-rata netizen mengandaikan selebriti wanita bergelar pelakon dan pengacara terbabit, antaranya Zulin Aziz. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI