fbpx

Amirudin positif, tenang hadapi kecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUDIN tersenyum kepada media selepas sidang akhbar hari ini.

SHAH ALAM – Walaupun mendapat pelbagai kecaman, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ternyata positif dan tenang bagi menangani isu pencemaran yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di sekitar Lembah Klang sejak Isnin lalu.

Amirudin berkata, beliau memahami situasi dihadapi sebilangan pihak yang marah dengan insiden gangguan tersebut.

“Dari kita tunding jari dan keluarkan teori konspirasi, lebih baik kita tenang dan selesaikan masalah.

“Mereka memang marah tapi kita mahu selesaikan masalah ini secara sistematik dan bukan hanya gimik,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kecaman yang diterima beliau sehingga ada segelintirnya meminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Mengulas mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini, Amirudin berkata, kerajaan negeri menjunjung kasih di atas keprihatinan baginda malah usaha turut dipergiatkan sejak 8 September lalu bagi melakukan pemantauan khususnya di kawasan-kawasan lokasi panas.

“Kita juga mengalakkan penyertaan masyarakat dalam membantu pemantauan sungai ini dengan menyediakan tawaran RM20,000 kepada pemberi maklumat yang benar berguna untuk mereka yang tidak bertanggungjawab ini dikenakan tindakan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI