fbpx

732 kes positif, lapan kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 732 kes positif dan lapan kluster baharu dilaporkan hari ini.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 732 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada lapan kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 22,957 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 724 kes adalah penularan tempatan manakala lapan kes import.

“Sabah masih mencatatkan kes tertinggi sebanyak 535 diikuti Selangor (116), Kedah (26), Pulau Pinang (12) dan Negeri Sembilan (sembilan).

“Kluster yang dikesan hari ini ialah Kluster Basung, Kluster Inai dan Kluster Tempayan di Sabah serta Kluster Bina di Labuan.

“Selain itu, empat kluster dikesan di Selangor iaitu Kluster Long, Kluster Cahaya, Kluster Bah Kota dan Kluster Melati,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, enam lagi kematian berkaitan Covid-19 dilapor menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 196.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 580 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 14,931 setakat hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI