fbpx

Yoochun enggan bayar denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOOCHUN

PENYANYI dan pelakon Park Yoochun mendakwa, dia tidak mempunyai wang mencukupi dalam akaun bank untuk membayar denda dan ganti rugi kepada seorang wanita yang menjadi mangsa serangan seksualnya.

Yoochun diperintah oleh mahkamah untuk membayar sebanyak 50 juta won (RM181,487) kepada seorang wanita dikenali sebagai ‘A’ pada tahun lalu selepas wanita itu didapati tidak bersalah dalam kes membabitkan jenayah seksual penyanyi itu.

Memetik laporan JoongAng Ilbo, peguam wanita berkenaan telah menghantar notis rasmi kepada Yoochun dan meminta dia melunaskan bayaran tersebut sebelum ‘A’ bertindak menyamannya.

“Park Yoochun perlu membayar amaun itu kepada klien kami dan jika gagal melunaskannya, dia perlu menanggung faedah sebanyak 12 peratus dari 1 September 2019 sehingga tarikh bayaran itu dibuat.

“Secara keseluruhan jumlah yang perlu dibayar Yoochun adalah sebanyak 56 juta won (RM 203,265),” kata peguam itu.

Difahamkan, pelakon drama I Miss You itu enggan membayar denda tersebut kerana seperti yang diberitahu kepada mahkamah, dia hanya mempunyai sebanyak sejuta won (RM3,629) dalam akaun banknya.

“Jadi, selama ini wang hasil pendapatan daripada penganjuran konsert dan sesi bertemu peminat dimasukkan di bawah nama siapa? Kami mengesyaki dia menyembunyikan pendapatannya untuk mengelak daripada membayar denda,” ujar peguam itu lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI