KUALA LUMPUR – Pelakon Hun Haqeem atau lebih dikenali sebagai Jekfer menjadi mangsa terbaharu penyebaran video lucah mirip dirinya di sosial media.
Menerusi satu video berdurasi 42 saat yang sedang tular sekarang di Twitter, seorang lelaki mirip pemilik nama sebenar, Haqeem Hermy itu dalam keadaan tidak berbaju selain pada hujung video menggosok alat kemaluannya.
Pada saat ke-10 video berkenaan, lelaki itu sempat meninggalkan ciuman ‘nakal’ ke arah lensa kamera.
Sehingga kini, rata-rata netizen sedang hangat memperkatakan tentang video tersebut.
“Nampaknya ramai patah hati lepas tengok video Jekfer,” ciap seorang pengguna Twitter.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada lelaki dalam video berkenaan Haqeem atau pelanduk dua serupa.
Setakat ini, usaha Kosmo! Online untuk menghubungi Hun melalui panggilan telefon dan pesanan WhatsApp masih belum berjawab.
Populariti Hun sebelum ini naik mendadak selepas melakonkan watak Jekfer dalam drama Kampung People yang baru sahaja melabuhkan musim keduanya minggu lalu.
Baru-baru ini juga, Hun membintangi muzik video single terbaharu penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Siapa Tak Mahu di samping aktres popular, Mira Filzah. – K! ONLINE