fbpx

Van Dijk ikrar kembali bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DIJK mungkin terlepas aksi sepanjang musim ini selepas mengalami kecederaan lutut yang serius ketika bertemu Everton Sabtu lalu. – AFP

LIVERPOOL – Pemain pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk percaya dia mampu untuk bangkit dengan kuat dan beraksi lebih baik selepas pulih daripada kecederaan lutut serius selepas ini.

Pemain pertahanan tersebut mungkin terpaksa direhatkan sehingga penghujung musim ini selepas diterjah keras penjaga gol Everton, Jordan Pickford ketika Liverpool terpaksa berpuas hati terikat 2-2 Sabtu lalu.

Kecederaan Van Dijk menyebabkan Liverpool berdepan kesukaran untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Saya sudah bertemu dengan pihak konsultan untuk memulakan proses dan perancangan mengenai rawatan dan pemulihan yang perlu saya lalui.

“Fokus utama adalah untuk memastikan proses pemulihan ini berjalan dengan lancar dan cuba untuk kembali dalam tempoh yang paling singkat.

“Biarpun situasi ini sangat mengecewakan, saya percaya mampu untuk kembali dengan lebih kuat dan memberikan aksi lebih baik berbanding sebelum ini.

“Dalam bola sepak, saya percaya setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan apa yang lebih penting adalah untuk terus mengekalkan semangat. Soko­ngan daripada isteri, anak-anak, keluarga dan semua orang di Li­verpool menyebabkan saya yakin mampu berdepan cabaran ini dengan lebih baik.

“Saya mahu berterima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI