fbpx

Sean serasi falsafah bola Feichtenbeiner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEAN selesa dengan falsafah transition football yang digunakan oleh Feichtenbeiner dalam pasukan Selangor.

PEMAIN sayap Selangor, Sean Selvaraj mengakui selesa beraksi di bawah bimbingan jurulatih sementara, Michael Feichtenbeiner yang menerapkan sistem permainan transition football.

Pemain berusia 24 tahun itu berkata, meskipun jurulatih terdahulu, B. Sathianathan ada menggunakan falsafah bola sepak berkenaan dalam corak permainan Selangor, namun ia tidak terlalu diberi penekanan.

Sebaliknya, Feichtenbeiner yang dinaikkan pangkat daripada Selangor 2 membuktikan kepakarannya dalam taktikal berkenaan apabila membantu Gergasi Merah menjaringkan 16 gol dalam tiga aksi terakhir Liga Super.

“Sebenarnya ramai pemain berbakat dalam pasukan Sela­ngor dan tidak kira sistem permainan apa yang jurulatih te­rapkan, tidak sukar untuk kami menyesuaikan diri.

“Sebelum ini Sathia juga ada menggunakan sistem transition football tetapi ia tidak di­terapkan sangat. Memandangkan Michael (Feichtenbeiner) dari Jerman, beliau sangat beri penekanan terhadap sistem ini,” ujar Sean.

Pemain berusia 24 tahun itu antara pemain yang dilihat menonjol di bawah bimbingan jurulatih dari Jerman tersebut apabila berjaya menjaringkan dua gol serta melakukan tiga umpanan ketika membelasah PDRM 7-0 awal bulan ini.

Ditanya apakah elemen pa­ling penting dalam sistem permainan itu, Sean menegaskan, mentaliti setiap pemain amat diperlukan bagi menjayakan transition football.

“Mentaliti adalah perkara paling penting untuk sistem ini. Apabila menyerang, pemain-pemain tidak boleh lupa tugas untuk bertahan apabila hilang bola. Memang ia perlukan latihan keras setiap hari,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI