fbpx

Pusat Analitik Data Raya Negara bantu kerajaan gubal dasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa melakukan gimik pelancaran pada majlis sambutan Hari Statistik Negara & Sedunia dan Persidangan Statistik Malaysia 2020 secara virtual di Facebook DOSM hari ini.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menubuhkan Pusat Analitik Data Raya Negara bertujuan membantu sektor awam ke arah penggubalan dasar yang lebih komprehensif dan tepat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pusat itu akan ditubuhkan dengan kerjasama antara Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) serta kementerian terbabit.

Beliau berkata, kerajaan menyedari kepentingan analisis Data Raya dalam sektor awam.

“Pusat ini bertujuan menyokong hasrat kerajaan dalam memastikan setiap perancangan dan pembuat keputusan berlandaskan analitik data selaras dengan inisiatif kerajaan digital.

“Pengukuhan sistem statistik negara akan memberikan impak positif antaranya menjamin ketersediaan data lebih komprehensif di sektor kerajaan dalam merangka dasar jangka pendek dan jangka panjang negara,” katanya ketika merasmikan majlis sambutan Hari Statistik Negara & Sedunia dan Persidangan Statistik Malaysia 2020 di sini hari ini.

Majlis sambutan itu disambut secara virtual di laman web dan Facebook DOSM.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI