fbpx

Program RPEL tingkatkan modal insan TLDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Reza (kanan) menyampaikan diploma kepada salah seorang peserta program RPEL di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

Oleh ZAKI SALLEH

LUMUT – Seramai 148 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima Diploma Program Recognition Of Prior Experiential Learning (RPEL) Siri 1/2020 pada satu majlis yang diadakan di Auditorium M.Sidek Shabudin, Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Program RPEL ini melibatkan anggota lain-lain pangkat yang menjalani Kursus Penyelia/Penyelia Kanan dan merupakan kerjasama antara TLDM dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu bagi mengiktiraf pengetahuan dan kemahiran anggota pada peringkat Diploma Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) berdasarkan bidang kemahiran semasa berkhidmat.

Menurut beliau, TLDM telah meneliti semula proses pembangunan modal insan semasa agar ia lebih relevan, bertepatan dengan keperluan dan sesuai dengan perkembangan teknologi terkini.

“Menyedari hakikat ini, objektif utama program RPEL adalah unutk melahirkan modal insan yang terlatih untuk keperluan sektor industri di Malaysia. Pengiktirafan ini juga adalah setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

“Ini secara tidak langsung akan memberikan motivasi peningkatkan kerjaya semasa di dalam perkhidmatan dan kebolehpasaran apabila bersara dari perkhidmatan kelak,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Konvokesyen Diploma Program Recognition Of Prior Experiential Learning (RPEL) Siri 1/2020 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Unit Operasi JPK, Mohd. Faisal Ahmad dan Ketua Pengarah Perhebat, Zakariah Md. Sam.

Kesemua peserta layak dianugerahkan diploma berkenaan oleh JPK setelah berjaya melengkapkan syarat-syarat kursus dan lulus ujian amali.

Jelas Mohd. Reza lagi, program ini juga dilihat bertepatan dan menjadi salah satu inisiatif serta batu lonjatan dalam melahirkan modal insan terbaik dalam kalangan warga TLDM untuk memenuhi keperluan negara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI