fbpx

Masalah tayar rencat rentak Quartararo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO (depan) memulakan perlumbaan di petak hadapan gagal menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik apabila berdepan masalah tekanan tayar jenteranya. – AFP

ARAGON – Pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing, Fabio Quartararo mendedahkan dia berdepan masalah tekanan tayar pada perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon di Litar Motorland malam kelmarin.

Meskipun memulakan perlumbaan dengan baik dari petak pertama, namun jentera pelumba Perancis itu berdepan masalah pada pusingan ketiga sehingga menyebabkan dia terperosok ke kelompok belakang.

Justeru, Quartararo menamatkan perlumbaan tersebut di kedudukan ke-18, sekali gus menyaksikan statusnya sebagai pendahulu kejuaraan musim ini dirampas pelumba pasukan Suzuki, Joan Mir.

“Saya sangat bergelut pada perlumbaan tersebut kerana pada awalnya kami memang berpeluang untuk tamatkan saingan di kedudukan terbaik. Bagaima­napun, tekanan tayar di luar kawalan memberi kesan kepada saya.

“Masalah tersebut menyebabkan saya tidak boleh mengambil selekoh dengan baik dan sukar untuk memperlahankan jentera. Sebab itu saya beberapa kali hampir terkeluar dari trek,” kata Quartararo.

Mengulas kemenangan yang dicatat pelumba Suzuki, Alex Rins pada perlumbaan itu, dia mengakui jentera Suzuki sangat pantas selain menegaskan, pasukannya tidak boleh melakukan kesilapan sama menjelang perlumbaan seterusnya.

“Suzuki sangat pantas hari ini (kelmarin). Mungkin sukar untuk kami bersaing dengan mereka di Aragon tetapi masanya akan tiba menjelang perlumbaan seterusnya Valencia kerana jentera Yamaha sangat sesuai dengan litar berkenaan

“Cuma kami perlu bertahan dan memperbaiki kelemahan untuk satu lagi perlumbaan di Aragon pada GP Teruel hujung minggu ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI