fbpx

Magis Villa makin menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARKLEY (kiri) muncul wira Villa apabila meledak gol kemenangan ketika mereka menewaskan Leicester awal pagi semalam. – AFP

LEICESTER – Aston Villa terus mencipta kejutan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila muncul satu-satunya pasukan yang berjaya mencatat kemenangan bersih dalam semua empat perlawanan setakat ini.

Villa yang sebelum ini berpesta gol membelasah juara bertahan, Liverpool 7-2, menjadikan Leicester City sebagai mangsa terbaharu meskipun sekadar menang dengan keputusan 1-0 di Stadium King Power awal pagi semalam.

Kemenangan keempat berturut-turut itu adalah yang pertama dilakukan oleh Villa sejak 1930 jika dibandingkan prestasi mereka bergelut dalam zon penyingkiran liga sepanjang sai­ngan EPL musim lalu.

Pengurus Villa, Dean Smith berbangga dengan kecemerla­ngan prestasi dipamerkan para pemainnya untuk menduduki tangga kedua liga dengan 12 mata, ketinggalan satu mata kepada pendahulu, Everton, namun masih kurang satu perlawanan.

“Satu kemenangan penting kerana Leicester adalah pasukan yang lebih hebat dari setiap sudut. Pada mulanya peluang 50-50 sahaja tetapi berdasarkan aksi yang dipamerkan, kami berhak meraih tiga mata.

“Saya juga mahu memuji Ross Barkley kerana dia tidak memi­lih pasukan untuk memberikan prestasi terbaik seperti dilakukannya ketika mewakili Everton dan Chelsea sebelum ini,” katanya.

Barkley yang dipinjamkan daripada Chelsea hingga hujung musim ini, muncul wira Villa apabila meledak gol tunggal perlawanan menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel pada minit ke-91. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI