fbpx

Lelaki Bangladesh pecah kedai curi barang keperluan harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian barang keperluan hasil kegiatan pecah kedai serbaneka yang dirampas polis.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan selepas terlibat dalam beberapa kes pecah masuk kedai serbaneka dan restoran di kawasan Sri Petaling di sini semalam.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan pada pukul 5 pagi dalam Ops Pintu oleh sepasukan polis selepas melihatnya dalam keadaan mencurigakan di Jalan Radin Bagus di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menemui pelbagai alat yang digunakan untuk kegiatan jenayah pecah masuk rumah.

Katanya, siasatan lanjut suspek mengaku terlibat dalam beberapa kes pecah masuk kedai sebelum membawa pihak polis ke kediamannya.

“Hasil pemeriksaan di rumah suspek, polis menemui pelbagai jenis barang keperluan termasuk sabun, minuman tin, makanan, gula-gula serta perkakasan elektrik.

“Berdasarkan siasatan ke semua barang yang dirampas merupakan barang yang dilaporkan hilang dari kedai serbaneka dan dua buah restoran di Sri Petaling baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Menurutnya lagi, siasatan lanjut juga mendapati suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Suspek direman di bawah Akta Imigresen selama 14 hari sehingga 2 November ini dan siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 457 Kanun Kesekaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI