fbpx

Isteri cedera dibelasah suami kaki mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy

SEBERANG PERAI – Seorang suri rumah cedera selepas dibelasah suaminya dalam kejadian perselisihan faham di rumah mereka di Taman Mesra, Mak Mandin, Butterworth di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa berusia 38 tahun cedera selepas ditumbuk dan dipijak oleh suaminya berusia 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pergaduhan suami isteri itu berlaku selepas mangsa menegur lelaki itu kerana membawa anak perempuan mereka berusia enam tahun keluar untuk minum minuman keras.

“Lelaki itu yang berang telah menumbuk badan dan kepala isterinya sebelum menolaknya hingga jatuh serta menendang lalu memijak perut wanita itu beberapa kali.

“Lelaki tersebut turut mencekik mangsa dan mengugut mahu membunuhnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, anak perempuan mereka berusia 13 tahun yang cuba meleraikan tindakan itu turut ditampar sebelum remaja berkenaan keluar meminta pertolongan jiran.

Menurutnya, suspek telah ditahan semalam selepas polis menerima laporan dan siasatan mendapati suspek telah beberapa kali membawa kanak-kanak itu menemaninya untuk minum minuman keras selain kerap memukul isteri.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI