fbpx

Industri filem Bollywood masih kukuh – Raveena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAVEENA TANDON

PELAKON Raveena Tandon memuji rumah-rumah produksi filem Bollywood kerana buat pertama kalinya telah menunjukkan penyatuan hati buat pertama kalinya dalam sejarah.

“Inilah kali pertama syarikat produksi yang ada dalam industri perfileman Bollywood bersatu membela nasib antara satu sama lain,” tulis pelakon berusia 45 tahun itu menerusi Twitter.

Pelakon itu mengulas satu kenyataan yang dikeluarkan oleh salah sebuah stesen televisyen di India ekoran daripada kontroversi membabitkan beberapa nama pelakon Bolywood yang dikaitkan dengan dadah.

“Setiap orang mempunyai hak kebebasan bersuara tetapi pastikan maklumat yang diberikan tepat dan bukannya berita palsu,” kata Raveena.

Penyatuan tersebut melibatkan sebanyak 34 buah syarikat produksi filem di India.

Sebelum ini, rumah-rumah produksi tersebut seperti bermusuh gara-gara satu laporan mendakwa industri perfileman Bollywood telah sampai ke garisan penamat dan banyak produksi bakal gulung tikar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI