fbpx

Ikon kriket negara, Dr. Harjit Singh meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harjit Singh

Oleh KHAIRUL MOHD .ALI

JOHOR BAHRU – Sukan kriket Malaysia kehilangan seorang ikon utama selepas Presiden Majlis Kriket Johor (JCC), Datuk Dr. Harjit Singh dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, malam semalam.

Mendiang yang berusia 70 tahun menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 11.50 malam.

Presiden Persatuan Kriket Malaysia, Mahindra Vallipuram yang mengesahkan pemergian Harjit dan memberitahu mendiang menyumbang kepada pembangunan sukan itu di negara ini.

“Beliau sentiasa bersedia memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada pemain muda dan ramai daripada pemain tersebut telah menerima didikannya,” katanya seperti dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi persatuan itu, di sini hari ini.

Mendiang merupakan anak kepada bekas pemain kriket terkenal daripada Kelab Kilat, Meva Singh dan dilahirkan pada 10 April 1950 sebelum mula terlibat dengan sukan itu semasa bermain untuk pasukan kriket Maktab Sultan Abu Bakar dari tahun 1963 hingga 1966.

Ketika berusia 16 tahun, mendiang menjadi pemain termuda yang mewakili Johor dalam liga utama kriket Malaysia selain turut mengetuai pasukan kriket Medical College XI mewakili Ranchi Universiti dan daerah Dhanbad ketika melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di India.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI